Tuesday, September 18, 2007

Panduan Percuma - 7 Hari Mahir Adsense

Untuk yang berminat mempelajari Adsense, anda boleh baca laporan berikut secara percuma.

Klik di sini untuk download laporan: Bagaimana boleh mahir adsense dalam masa 7 hari.

Wednesday, September 05, 2007

Tip Kejayaan: Kena Belajar & Usaha

Pagi ini saya berkesempatan menjenguk ke blog SmartUsaha, dimana tuan punya blog tersebut seorang yang rajin menulis pengalaman beliau dalam menjalankan bisnes di internet.
Apa yang saya dapati, prinsip asas kejayaan perniagaan, tidak kiralah di internet atau pun tidak, adalah "Belajar" & "Usaha". Tiada jalan mudah untuk berjaya. Semuanya mestilah berbekalkan ilmu dan usaha yang berterusan. Kita mestilah belajar dan terus belajar....usaha dan terus berusaha...Baca artikel yang saya dapat dari blog tersebut. Sekurang-kurangnya dapat memotivasikan diri kita ke arah yang lebih baik. Insya-Allah...

======================================================


Tajuk: Kalau Tak Usaha dan Belajar, Memanglah Susah

Apabila dikatakan binalah perniagaan Internet, ia lumayan!
Maka ada yang mengatakan, ia tak semudah disangka
Apabila dikatakan, buatlah duit dengan blog, sudah ramai yang berjaya.
Maka ada yang akan kata, ingat mudah ke
Itulah suara-suara negatif yang berakhir setakat itu sahaja. Ia bermula dengan perkataan susah dan berakhir dengan perkataan susah juga.

Itulah mentaliti yang kurang faham dengan penerangan dan ajakan kita kepada perkara yang boleh memberikan pendapatan di Internet. Memanglah sesuatu itu susah, tidak mudah dan banyak perkara yang perlu dibuat.

Mereka yang bermentaliti beginilah yang bermasalah di dalam usaha mereka. Itu susah, ini payah, itu tak pandai, ini tak tahu, itu mustahil… Sebaliknya, mereka tidak berkata atau bertanya kepada diri sendiri, “Kalau benda ni susah, apa yang perlu aku buat untuk tidak jadi susah?”. “Ya, aku tahu buat duit dengan blog ni susah, ambil masa, tapi aku kenalah usaha dan faham ia akan mengambil masa…”.

“Ia memang susah, tapi aku suka melihat sesuatu yang lebih positif. Dari perkataan, ayat, mentaliti dan usaha. Aku tidak mahu menjadikan susah sebagai alasan”.

Tidak ramai yang berfikiran begitu bukan? Malah, ramai yang salah anggap apabila kita menulis mengenai wang, duit dan bisnes, maka mereka anggap kita membelakangkan soal bagaimana melakukannya dan tidak faham soal realitinya.

“Diaorang ni cakap income ribu-ribu, padahal tak semudah itu…”. Realitinya, kita menyatakan sebuah kisah yang benar untuk dijadikan motivasi dan teladan. Kemudian, kita berusahalah untuk mencapai sesuatu hasil bagi diri kita sendiri.

Apakah cara untuk mengatasi kesusahan atau ketidaktahuan?
Tak lain dan tak bukan, kenalah belajar dan kuat usaha. ‘Formula’ ini digunapakai oleh orang dahulu kala lagi dan tak akan lapuk sampai bila-bila. Siapa rajin, dia dapat hasil yang bagus. Siapa tak kuat usaha, sikitlah hasilnya. Inilah ‘hukum alam’ sampai bila-bila.
Tamat cerita dan masalah.
Fikir-fikirkan…
P/S: Ya, selain daripada belajar dan kuat usaha, ada lagi faktor-faktor lain.