Wednesday, December 02, 2009

Pembantu Penyelidik (Separuh Masa)

Peluang pendapatan tambahan. Sesuai untuk pelajar universiti, terutama pelajar ijazah perakaunan yang tinggal di Gombak.

Skop kerja:

Membantu penyelidik dalam tugasan seperti memuat turun laporan tahunan syarikat, memahami maklumat yang terkandung di dalam laporan tahunan dan memasukkan data ke dalam format excel, dlln.

Elaun:

Dibayar mengikut bilangan kerja.

Kepada yang berminat, bolehlah emailkan resume anda ke: dee_dalila@yahoo.com atau dalilawati@um.edu.my

Saturday, November 14, 2009

Laporan PERCUMA "Pakar Affiliate" - cepat download sekarang

Salam hormat,

Memang saya terpegun bila membaca laporan istimewa
daripada Zamri Nanyan.

Beliau mengeluarkan wang hampir RM10,000 untuk
mengumpul wang membelikan sebuah kereta untuk
ibu bapa beliau.

Tapi ini bukanlah berita yang mengejutkan saya
sebab saya tahu beliau mampu berbuat demikian.

Yang mengagumkan saya ialah bagaimana wang hampir
RM10,000 diperolehi semula melalui SATU (1) program
affiliate sahaja.

Anda sendiri pasti nak baca sendiri cerita beliau.

Download laporan ini cepat (PERCUMA sahaja) sebelum
Zamri tarik balik pemberian laporan percuma ini.

Klik link di bawah:

PAKAR AFFILIATE


ikhlas.

Monday, October 19, 2009

Jana Pendapatan Dari Perniagaan Internet

Dah baca artikel kat bawah ni (previous entry)? Kalau belum lagi, luangkanlah sedikit masa untuk membacanya, kerana ianya mampu merubah hidup anda. Especially for me yg terpaksa jadi housewife, this kind of business opportunity may help me to earn extra income. Walaupun jadi housewife, jaga anak kat rumah, we can still earn some income tau! Thanks to the internet business. Membolehkan kita menjalankan perniagaan dari rumah secara sambilan...or sepenuh masa...sama je actually kan? (tak percaya..baca kat bawah ni)...

Sekurang-kurangnya, dengan cara ni dapatlah kita membantu suami memenuhi keperluan keluarga..anak-anak...and of course keperluan and kehendak diri kita sendiri. Biasalah, orang perempuan ni...macam-macam teringin kan...baju baru...kasut baru..notebook, handphone, camera...video camera la...home decoration...holiday...leisure...spa...(to name a few). Kalau nak harap suami je, susahla kan...

So, bila ada peluang perniagaan yang menarik macam ni...janganlah kita abaikan...buat research..think about it...and act wisely...the decision is in your hand...tiada siapa yang boleh mengubah diri kita...melainkan diri kita sendiri...

Dah setahun lebih mendiamkan diri dari berblog di sini...sibuk menguruskan keluarga...maklumle...first experience ada baby....now my baby dah 1 year+, bolehlah meluangkan sedikit masa untuk update blog yang agak bersawang ini...dengan harapan dapat share dgn rakan-rakan seperjuangan yang lain tentang peluang perniagaan yang boleh membantu meringankan beban kita..or memberikan kita pendapatan tambahan...insya allah...

Tuesday, October 13, 2009

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet

Oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.


Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.


Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.


Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.


Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.


Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.


Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.


Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)


Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)


Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?


Tak tahulah apa jawapan anda.


Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.


Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.


Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.


Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.


Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.


Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.


Mengenai Penulis


Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.perniagaaninternet.ws/r/global/home.html untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Wednesday, February 27, 2008

Earn Extra Income From Your Hobbies

Betul ke? Seronok juga bila dengar berita ni…Kita akan lebih rasa puas hati dengan apa yang kita lakukan…sebab ianya hobi kita…we do it as our leisure…But, may be when we wanna turn hobby into career, or money making activities, there is a need of seriousness sikit. Otherwise, susah juga nak survive.

I’m sure everybody has his / her own hobby. Setiap orang pasti mempunyai hobi masing-masing. Contohnya, menulis, memasak, mengambil gambar / video, berniaga. Sometime, you can earn some money (extra income) through your hobby.

You can use the internet as a medium to introduce your skill or bakat to others. Once people recognize your talent, then, you can start promoting it as business. Isn’t that idea interesting? No harm trying…

Monday, February 11, 2008

Kerja Sambilan…Apa yang perlu?

Walaupun bekerja makan gaji, masih ramai yang tidak mempunyai pendapatan yang cukup dari gaji bulanan yang diterima. Lantaran itu, ramai di kalangan kita kini terdesak mencari peluang menambah pendapatan.

Jikalau boleh, kita mahukan sesuatu yang mudah. Perniagaan yang mudah…tanpa modal…tidak perlu usaha…tapi duit masuk bulan-bulan…

Mana nak dapat tu ye? Ada ke perniagaan seperti itu? Jawapannya mungkin ada dan mungkin tidak.

Ada pula di kalangan kita yang kurang yakin dengan perniagaan yang ingin diceburinya. Tidak kurang juga memberi alasan tiada masa, tiada computer, tiada kawan…tiada segala-sagalanya?

Hmm…berfikirlah secara rasional. Jika kita inginkan sesuatu extra, pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Tidak banyak pun, sedikit pasti ada. Setelah menyertai beberapa program perniagaan kecil-kecilan secara online dan offline, saya dapati hampir kesemua perniagaan perlukan sesuatu…iaitu pengorbanan modal, masa dan tenaga…

Modal? Mungkin dari segi wang: ada bisnes yang tiada modal (contohnya: affiliate program), modalnya rendah (insurance, unit amanah, bisnes MLM) dan ada juga yang tinggi (distributor). Jadi, bergantung kepada kemampuan kita. Jangan buat sesuatu yang kita tidak mampu lakukan. Itu menyiksa diri namanya…

Tidak cukup dengan modal sahaja, kita juga perlu luangkan sedikit masa untuk belajar tentang bisnes yang kita ceburi. Tanpa ilmu, bagaimana kita nak cerita kepada orang lain? Masa diperlukan bukan hanya untuk belajar tentang bisnes sahaja, tetapi masa juga diperlukan untuk mempromosikan perniagaan kita. Dengan adanya teknologi seperti internet, tentu kerja-kerja promosi kini bertambah mudah berbanding sebelum ini.

Selain masa, kita perlukan tenaga untuk melakukan perniagaan tersebut. Jika selepas waktu pejabat kita sudah mahu berehat, tidak mahu kerja…memang agak sukar untuk kita lakukan kerja sambilan. Berkorban tenaga adalah satu keperluan untuk melakukan kerja sambilan. Jangan sesekali menggunakan waktu pejabat untuk melakukan kerja sambilan kerana dikhuatiri akan menjejaskan prestasi kerja anda. Kita perlu ingat, kerja yang sedia ada merupakan “periuk nasi” kita. Kerja sambilan ni Cuma sumber pendapatan tambahan sahaja.

Oleh itu, sebelum kita mencari peluang tambah pendapatan ataupun kerja sambilan, pastikan keperluan asas ini dipenuhi agar kemungkinan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi meningkat…


Tuesday, January 01, 2008

Happy New Year 2008

A very happy new year for everyone. Start a new chapter in life, career, etc. Set the target for this year. What are you going to achieve. Check back previous year’s record. Is there anything that need to be improved? For those who have achieved their target, congratulation. May this New Year bring more happiness for all of us.

I’m very proud of those who are very hardwork in their career and life. Keep up all your good work. Stay focus and never give up. The opportunity is always there. It just waited for us to grab it.