Monday, January 03, 2011

Unifi Percuma Selama Sebulan Untuk Pemasaran Video Yang Lebih Cepat

Sekarang ramai orang di Malaysia menjadikan internet sebagai cara untuk memasarkan perniagaan. Salah satu dari cara pemasaran yang dijalankan ialah melalui pemasaran video melalui Youtube. Pada masa blog ini ditulis Youtube merupakan laman web yang ketiga paling dikunjungi di dunia selepas Google dan Facebook. (Sumber Alexa )

Jika anda pernah cuba untuk upload banyak video ke Youtube atau ke laman web lain menggunakan Wireless Broadband atau streamyx anda tentu merasakan masa yang diambil begitu lama. Jika kita upload video yang berkualiti tinggi seperti yang menggunakan format HD, masa yang diambil adalah lebih lama lagi.

Pada masa sekarang cara paling cepat untuk menjalankan aktiviti ini ialah melalui penggunaan Unifi (Highspeed Broadband). Unifi berbeza dengan perkhidmatan broadband yang lain di Malaysia kerana ia berkelajuan jauh lebih tinggi iaitu sehingga 5MBit/s atau lebih untuk upload dan download. Kalajuan yang sama antara upload dan download ini boleh dicapai kerana ia menggunakan teknologi fiber optic.

Klik untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terus membuat permohonan Unifi secara online.

No comments: