Thursday, February 04, 2010

Contoh Perniagaan Atau Kerja Dari Rumah

Perniagaan Hiasan Rumah

Be Dazzled Collection merupakan perniagaan produk online dari rumah, bermula sebagai 'part time' dan kini sudahpun 2 tahun sepenuh masa.. Mereka nermula dari hobi dan minat untuk mengumpul barang-barang koleksi dan juga untuk mengindahkan rumah sendiri, pemilik BeDazzledCollection mula mendapatkan produk-produk barangan rumah untuk menghias rumah nya sendiri dari luar negara terutamanya daripada Korea, Vietnam, Indonesi dan China. Kegemaran mengumpul dan menjual citarasa sendiri menjadi teras utama dimana, citarasa tersendiri pemilik adalah yang terbaik untuk peminat dan pembeli.

Bermotifkan produk berkualiti dan juga menggunakan cita rasanya sendiri, pemilik ingin pembeli mendapat produk terbaik tanpa mengira harga samada murah atau pun mahal.

Pelanggan bolehlah melayari web untuk mengetahui produk-produk terkini, dan juga boleh membuat kunjungan ke SoHo pemilik di ampang untuk melihat sendiri koleksi-koleksi pemilik.


Khidmat Fotografi

Ini pula laman web Eyesofgrace yang memasarkan perkhidmatan mengambil foto kanak-kanak dan bayi.

Bermula dari minatnya mengambil gambar foto anak sendiri, kini telah bertukar menjadi jurufoto professional.