Wednesday, February 27, 2008

Earn Extra Income From Your Hobbies

Betul ke? Seronok juga bila dengar berita ni…Kita akan lebih rasa puas hati dengan apa yang kita lakukan…sebab ianya hobi kita…we do it as our leisure…But, may be when we wanna turn hobby into career, or money making activities, there is a need of seriousness sikit. Otherwise, susah juga nak survive.

I’m sure everybody has his / her own hobby. Setiap orang pasti mempunyai hobi masing-masing. Contohnya, menulis, memasak, mengambil gambar / video, berniaga. Sometime, you can earn some money (extra income) through your hobby.

You can use the internet as a medium to introduce your skill or bakat to others. Once people recognize your talent, then, you can start promoting it as business. Isn’t that idea interesting? No harm trying…

Monday, February 11, 2008

Kerja Sambilan…Apa yang perlu?

Walaupun bekerja makan gaji, masih ramai yang tidak mempunyai pendapatan yang cukup dari gaji bulanan yang diterima. Lantaran itu, ramai di kalangan kita kini terdesak mencari peluang menambah pendapatan.

Jikalau boleh, kita mahukan sesuatu yang mudah. Perniagaan yang mudah…tanpa modal…tidak perlu usaha…tapi duit masuk bulan-bulan…

Mana nak dapat tu ye? Ada ke perniagaan seperti itu? Jawapannya mungkin ada dan mungkin tidak.

Ada pula di kalangan kita yang kurang yakin dengan perniagaan yang ingin diceburinya. Tidak kurang juga memberi alasan tiada masa, tiada computer, tiada kawan…tiada segala-sagalanya?

Hmm…berfikirlah secara rasional. Jika kita inginkan sesuatu extra, pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Tidak banyak pun, sedikit pasti ada. Setelah menyertai beberapa program perniagaan kecil-kecilan secara online dan offline, saya dapati hampir kesemua perniagaan perlukan sesuatu…iaitu pengorbanan modal, masa dan tenaga…

Modal? Mungkin dari segi wang: ada bisnes yang tiada modal (contohnya: affiliate program), modalnya rendah (insurance, unit amanah, bisnes MLM) dan ada juga yang tinggi (distributor). Jadi, bergantung kepada kemampuan kita. Jangan buat sesuatu yang kita tidak mampu lakukan. Itu menyiksa diri namanya…

Tidak cukup dengan modal sahaja, kita juga perlu luangkan sedikit masa untuk belajar tentang bisnes yang kita ceburi. Tanpa ilmu, bagaimana kita nak cerita kepada orang lain? Masa diperlukan bukan hanya untuk belajar tentang bisnes sahaja, tetapi masa juga diperlukan untuk mempromosikan perniagaan kita. Dengan adanya teknologi seperti internet, tentu kerja-kerja promosi kini bertambah mudah berbanding sebelum ini.

Selain masa, kita perlukan tenaga untuk melakukan perniagaan tersebut. Jika selepas waktu pejabat kita sudah mahu berehat, tidak mahu kerja…memang agak sukar untuk kita lakukan kerja sambilan. Berkorban tenaga adalah satu keperluan untuk melakukan kerja sambilan. Jangan sesekali menggunakan waktu pejabat untuk melakukan kerja sambilan kerana dikhuatiri akan menjejaskan prestasi kerja anda. Kita perlu ingat, kerja yang sedia ada merupakan “periuk nasi” kita. Kerja sambilan ni Cuma sumber pendapatan tambahan sahaja.

Oleh itu, sebelum kita mencari peluang tambah pendapatan ataupun kerja sambilan, pastikan keperluan asas ini dipenuhi agar kemungkinan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi meningkat…