Thursday, May 18, 2006

Sertai Program Affiliate - Tambah Pendapatan dari Rumah

Terdapat pelbagai peluang tambah pendapatan di internet yang membolehkan anda mendapat pendapatan sampingan dengan hanya bekerja di rumah. Apa yang anda perlukan cuma sebuah komputer dengan talian internet. Kalau anda tidak mampu membeli komputer, gunakan kemudahan di cybercafe berdekatan. Dengan hanya 1-2 jam mengadap komputer, anda mampu menjana pendapatan.


Bagaimana?

Daftar dengan mana-mana program affiliate (Syarikat Malaysia ataupun antarabangsa). Program affiliate ini memberi peluang kepada anda memasarkan sesuatu produk secara online walaupun anda tidak mempunyai produk anda sendiri.


Modal?

Kebanyakan program affiliate ditawarkan secara percuma. Namun ada juga yang mengenakan yuran untuk pendaftaran ahli. Di antara program affiliate percuma:

Perkembangan dan Pendidikan Anak

Bagaimana Menjana Wang Yang Menakjubkan Hanya Dari Rumah

Idea Bisnes Luar Biasa

Ketahui Rahsia & Panduan Mencari Serta Mengumpul Duit Kahwin

Ramuan Istimewa Menjadikan Roti Canai Lebih Sedap


Setelah mendaftar sebagai affiliate, anda akan diberikan website percuma. Iklankan website tersebut. Lagi ramai orang yang melayari website tersebut, maka lagi banyaklah peluang anda untuk menambah pendapatan. Komisyen akan dibayar sekiranya pelanggan yang melayari website tersebut, membeli produk yang ditawarkan. Menarik bukan?


Di mana anda hendak iklankan / promosikan website tersebut?


Terdapat banyak website yang menawarkan kihdmat pengiklanan secara percuma. Contohnya:

Cari Malaysia

Iklan Percuma

Adpost


Promosikan website anda semaksimum mungkin untuk pastikan pengunjung internet membeli produk yang anda pasarkan. Anda juga boleh mempromosikan website anda secara offline dengan memberikan URL website kepada rakan-rakan atau saudara mara anda.


Rebut peluang anda untuk menambah pendapatan dengan percuma dan mudah melalui program-program affiliate yang disediakan di Internet jika anda tahu caranya yang betul (belajar).


Selamat mencuba!

Sunday, May 14, 2006

Kaedah Bekerja Dari Rumah: Offline vs Online

Apa yang anda faham tentang “Bekerja Dari Rumah”?

“Bekerja Dari Rumah” bermaksud segala aktiviti dan kerja berkaitan menambah pendapatan dijalankan dari rumah, dan bukannya di pejabat. Anda mungkin bekerja untuk orang lain ataupun menjadi majikan untuk perniagaan anda sendiri. Mana yang lebih baik? Bekerja untuk diri sendiri (perniagaan sendiri) atau untuk orang lain (makan gaji)? Sekali lagi…keputusannya di tangan anda…Fikirkanlah…

Apabila anda memilih untuk bekerja dari rumah, terdapat dua kaedah kerja yang biasa digunakan:

1. Offline: Menggunakan kaedah manual. Contohnya, berjumpa pelanggan secara “face-to-face” @ door-to-door marketing”. Kaedah ini agak membebankan kerana ia memerlukan anda untuk keluar rumah untuk berjumpa pelanggan. Anda terpaksa mengorbankan masa perjalanan, tenaga dan wang untuk bertemu pelanggan.

2. Online: Menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi seperti komputer dan talian internet dalam menjalankan aktiviti menambah pendapatan. Semua perjumpaan, perbincangan dan aktiviti pemasaran dijalankan secara online melalui internet hanya dari rumah. Daripada aktiviti mencari prospek (bakal pelanggan) hinggalah proses pembelian produk ataupun penajaan, semuanya dijalankan secara online tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan.

Kaedah mana lebih berkesan?

Tiada jawapan yang tepat dapat diberikan. Ini kerana keberkesanan kaedah yang digunakan bergantung kepada beberapa faktor:

1. Jenis perniagaan yang dijalankan.

Contoh: Jika anda menjual ebook, perniagaan secara online amat sesuai untuk anda. Ini kerana proses pembayaran dan penghantaran produk boleh dijalankan secara online. Tetapi, jika anda menjual insurans, anda masih perlu bertemu pelanggan (kaedah offline) untuk dapatkan dokumen dan tandatangan pelanggan, walaupun anda berjaya mendapat prospek secara online.

2. Profil prospek.

Contoh: Pemasaran secara online hanya memfokus kepada prospek yang “celik IT” dan mempunyai talian internet sahaja. Bagaimana dengan prospek anda yang tidak “celik IT” ataupun tiada talian internet? Adakah anda memang memfokus ke arah mereka yang celik IT sahaja? Atau anda ingin menguasai kedua-dua pasaran (online & offline)? Saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan.

Nasihat saya, kaji dulu sasaran ataupun “target market” anda sebelum memilih kaedah yang sesuai. Mungkin salah satu kaedah ataupun kedua-duanya sesuai untuk perniagaan yang anda jalankan. Rancangkan perniagaan anda sebaik-baiknya.

Ingat! Orang Yang Tidak Merancang Adalah Orang Yang Merancang Untuk Gagal!

Selamat Berjaya,

Dalilawati Zainal

Saturday, May 13, 2006

Bekerja Dari Rumah vs Pejabat

Yang mana lebih baik? Jawapannya...terpulang kepada anda.

Yang sebenarnya peluang kerja atau tambah pendapatan ada di mana-mana. Tetapi, kita kenalah pandai mencari dan memilih peluang terbaik untuk kita. Samada makan gaji atau bekerja sendiri, kedua-duanya bakal menjana pendapatan untuk anda. Gunakan kebijaksanaan anda untuk memilih...kerana kuasa memilih ada di tangan anda.
Tempat Bekerja

Ada kerja yang memerlukan kita berada di pejabat dan ada pula yang membenarkan kita bekerja dari rumah. Tetapi, jika anda memilih untuk makan gaji, secara amnya, pihak majikan masih lagi mengamalkan cara kerja konvensional, di mana anda perlu hadir ke pejabat, sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Maka, kepada yang memilih untuk makan gaji, bersedialah untuk menghadapi ”traffic-jam” dalam perjalanan pergi-balik ke pejabat (terutamanya bagi yang bekerja di bandar). Anda perlu korbankan masa, tenaga dan wang untuk sampai ke tempat kerja. Anda juga perlu berbelanja lebih untuk kos pengangkutan, makan di luar, pakaian, aksessori dan sebagainya.

Tetapi, jika anda bekerja dari rumah, anda tidak perlu berdepan dengan masalah di atas. Masa, tenaga dan wang anda boleh digunakan untuk membuat sesuatu yang lebih bermanfaat. Anda juga boleh bekerja secara fleksibel (bekerja + menguruskan kerja rumah dan keluarga).

Tentu ramai yang ingin bekerja dari rumah jika diberi peluang, bukan?
Persoalannya:

1. Ada ke peluang bekerja dari rumah?

2. Boleh buat duit ke?

3. Bagaimana nak mula?

4. Berapa banyak modal diperlukan?

Persoalan seperti di ataslah yang bakal kita cungkil melalui blog ini. Sama-samalah kita berkongsi tentang peluang, tips-tips kejayaan serta cabaran bekerja dari rumah. Semoga cita-cita kita untuk bekerja dari rumah tercapai. Insya-Allah.

Salam Perkenalan dari saya,
Dalilawati Zainal